Dahulu ( sejak Darjah 4 ) aku suka baca Majalah Mastika, Bacaria dll yang memaparkan kisah masyarakat, kisah pelik & seram. Dan pernah hatiku tersayat melihat seorang ibu ( Puan Kalsom ) yang dikurniakan 7 anak yang istimewa. Kepalanya kecil sangat, kurus sangat. Terdetik di hatiku tika itu jika dah bekerja aku ingin menziarahi mereka. Itulah kali pertama aku menyimpan nombor orang yang tak aku kenali ( rasanya tahun 1999 semasa di Politeknik Kota Bharu ).
Sudah beberapa kali aku menukar nombor telefon tetapi nombor Puan Kalsom ini sentiasa aku pastikan tersimpan dalam direktoriku. Setelah beberapa kali tertangguh, semalam ( Sabtu, 13 Jun 2009 ) aku berjaya mengajak suamiku menjejak Puan Kalsom.
Aku menghubungi beliau untuk mendapatkan alamat rumah. Memang kawasan Segamat agak asing buatku. Setelah sampai di Labis, aku rasa terlalu letih dan ingin berpatah balik sahaja. Namun berbekalkan semangat suamiku yang ingin menunaikan hajatku, kami teruskan perjalanan juga.
Kami sampai di Jalan Temenggong kira-kira jam 1.30 petang. Ada majlis persandingan sedang berlangsung. Kami menyusur terus ke sepanjang jalan itu. Banyak sungguh kampung dan lorong di dalamnya. Hinggalah kami tersesat ke Kampung Berata. Aku rasa kampung ni patut ditukar nama kepada Kampung Berharta sebab rumah-rumahnya masyaALLAH... besar-besar, cantik, tanahnya berbukit macam di Cameron Highlands. Yang pasti semuanya rumah bangsaku.
Setelah sampai ke jalan yang semakin mengecil, kami agak musykil lalu berhenti untuk bertanyakan arah dari seorang budak perempuan tentang Kampung Batu Hampar. Rupanya kami terlajak agak jauh lalu kami kembali ke jalan besar. Di sana aku hubungi sekali lagi Puan Kalsom. Kalau boleh aku tak ingin menyusahkan beliau menjemput kami di simpang itu. Biarlah kami usaha sendiri untuk sampai. Setelah memberikan panduan arah yang agak jelas, beliau tetap meminta nombor plate kereta agar mudah suami beliau menyusur kami.
Kami pun membelok ke kanan menghala ke Kampung Gudang Garam. Kebetulan sebuah motosikal seperti tertoleh-toleh ke arah kami. Suamiku pun memberhentikan kereta dan benarlah sangkaanku bahawa itulah suami Puan Kalsom. Beliau memandu kami menuju ke Lorong Omar seterusnya sampailah ke rumah beliau. Rumahnya sederhana malah bersih sekelilinya. Aman dan damai sungguh.
Kami terdengar jeritan beberapa orang dari dala rumah. Tak lama kemudian Puan Kalsom menyambut kami dengan memegang seorang budak lelaki.. Memang kepalanya kecil sahaja dan agak agresf kala itu. Tangan Puan Kalsom memegang kejap tangan anaknya itu. Takut terlepas dan 'mengusik' kami agaknya.
Setelah dipersilakan masuk, kami lihat seorang budak perempuan sedang asyik menonton televisyen. Fizikalnya sama sahaja dengan yang lelaki. Rupanya, budak lelaki itu bernama Ibrahim, yang perempuan tu pula bernama Norlela. Sedang memperkenalkan diri, terdengar jeritan dan gelak tawa dari dalam bilik di hadapanku. Rupanya itu adalah seorang lagi anak Puan Kalsom, bergelar Atan. Beliau tidak dipanggil keluar kerana tidak mahu memakai seluar. Atan berusia 36 tahun, Lela 28 tahun dan Ibrahim 21 tahun.
Puan Kalsom menerangkan bahawa beliau mempunyai 7 orang anak. 4 orang sudah meninggal. Semuanya sama keadaannya dengan apa yang aku lihat sekarang. Bezanya yang meninggal itu langsung tidak boleh berjalan.
Ibrahim memang agresif, sering meludah, menghentak kepalanya ke lantai kemudian mengetuk dahinya dengan tangan sekuat hati. Sering juga menarik serkup kepala ibunya. Kesemua mereka tidak boleh bercakap tetapi menoleh bila aku cuba memanggil nama mereka. Lela pula asyik menonton televisyen. Puan Kalsom dan suami memesan kepada aku dan suami agar tidak hulurkan tangan kepada Lela kerana dia tidak akan lepaskan kami dan akan peluk serta cium dan mahu ikut kami balik.
Menurut Puan Kalsom, beliau pasrah dengan apa yang terjadi. Doktor juga gagal mengesan punca penyakit anak-anak beliau. Nak kata keturunan, tak pernah terjadi. Medical check up beliau dan suami juga baik. Namun beliau kata ramai pengamal perubatan tradisional yang mengatakan anak beliau terkenan. Aku pernah dengar orang kata if terkenan biasanya bila ibu mengandung atau si ayah ada bunuh binatang.
Puan Kalsom menganggukkan kepala. Rupanya suaminya adalah bekas askar. Biasa masuk hutan. Mungkin itulah penyebabnya. Wallahua'lam. Selepas pencen askar, suaminya bawa lori Jabatan Pertanian di sekitar Johor. Malah Batu Pahat pun biasa dilaluinya. Puan Kalsom terpaksa bergilir dengan suami jika hendak keluar ke mana-mana. Bayangkanlah si Atan sudah 36 tahun, bermakna hampir 36 tahun jugalah pergerakan Puan Kalsom terbatas.
Tidak lama kemudian, Puan Kalsom meminta suaminya memegang Atan. Rupanya beliau suda menyediakan mihun untuk kami. Perutku masih kenyang lagi sebab kami dah pun berhenti makan di Labis tadi namun tak salah untuk menjamah hidangan itu. Teh o nya juga menyegarkan tekakku yang kekeringan.
Suami Puan Kalsom kemudiannya masuk ke bilik di hadapanku. Terdengar dia menyuruh Atan memakai seluar. Seketika berlalu, keluarlah Atan. Oh, fizikalnya memang saling tak tumpah! Aku pun tidak tahu nak kategorikan mereka dalam istilah kanak-kanak istimewa. Nak kata down sindrom, bukan. Nak kata autisme, mungkin juga api tahap kronik. Entahlah. Nak saja aku sambung buat master dalam bidang ni. Tapi nantilah, ni pun tak sah lagi jawatan.
Rupanya aku bukanlah orang pertama yang menziarahi mereka. Sejak keluar majalah, ramai yang datang menghulurkan bantuan. Dari singapura juga ada. Malah ada juga golongan yang berpangkat memandang berat dan prihatin pada mereka. Sewaktu ada lebihan bantuan sempena banjir dahulu pun mereka dapat bantuan itu.
Namun Puan Kalsom agak kecewa kerana banyak pihak yang mengambil peluang atas mereka. Ada yang mencetak cerita mereka tanpa kebenaran, malah tanpa pengetahuan! Ada juga yang berjanji akan memberikan sedikit royalti namun bila cerita sudah keluar, habuk pun takde. Namun mereka sudah lali. dengan bantuan JKM ( of course anak-anak mereka dapat bantuan OKU ) dan juga bantuan masyarakat sekeliling mereka dapat menampung keperluan hidup sekeluarga. Pampers terutamanya kerana mereka tidak boleh urus diri.
Aku dan suami mengundur diri jam 3.30 petang. Suamiku agak teruja bercerita tentang mereka di sepanjang perjalanan pulang. Barulah kini suamiku tahu dan lihat sendiri anak-anak istimewa. Aku juga teruja kerana anak-anak didikku tidaklah sekronik Ibrahim, Lela dan Atan. Jadi ini pengalaman pertama kami bersama.
Apapun, tabahlah wahai Puan Kalsom sekeluarga. Ada hikmah di sebaliknya. Rahsia ALLAH tak siapa tahu. Susah di dunia tak apa, janji akhirat yang kekal abadi lebih utama.

4 comments:
assalamualaikum....
kalo x slh rs mmg ade bc citer mengenai kuarga nie kt mastika.....ms bc citer tue,mmg sedih sgt....kdg2 biler kite berada dlm kesedihan atau kesusahan, ingtlar ade lag insan yg lebih sedih dan susah dr kite.......
hm...akak tak ingat majalah mana. sebab dah 9 or 10 tahun lepas. but menurut makcik kalsom ni, dah banyak kali juga kisah dia keluar majalah & suratkhabar. Yang pertama Naskhah Nanyang Siang Pau....
Da..len kali if ko nk gi memana yg ader berkaitan dgn kebajikan ko ajak aku ekkk...aku berminat la...
hmmm...insyaALLAH... aku pi pun sebab hajat aku tu tertangguh hampir 8 tahun kut... lama memang lama... dah banyak kali nak pi tapi ada je halangan. kekadanag segan gak sebab aku pun blom stabil lagi jadi takleh nak sumbang banyak mana. tu sebab nekad je ajak husband aku pi berdua je.. but epas ni if ko nak joint boleh gak. bulan depan ke, kita pi lagi umah makcik kalsom ni. buat kunjungan biasa je, tanya khabar..
Post a Comment