Asma'ul Husna

Monday, June 29, 2009

LaWaTaN Ke KuALa TeReNggAnU

Hmm...masih penat lagi jari-jemariku.. Tadi pagi sampai je rumah terus qada' tidur tapi tak nyenyak sebab tekak perit, pergelangan kaki sakit sangat. Kul 12 tengah hari aku terus ke umah sebelah antar keropok lekor and then terus ke umah nenek aku. aku bawa sekali dvd antu cina aku ke sana.. rupanya makcik aku yang kat pasir gudang tu ada.. jadi meriah sungguhla.. masa aku sampai depa tgh dok lenyek kentang nak buat bergedel. nenek aku buat mee hoon soto and nasi impit... makan-makan then depa balik aku pun ikut balik sebab lenguh sangat tengkuk aku ni... risau...

bas bertolak pukul 9.00 malam jumaat lepas. kami sampai kat kuala terengganu kul 6.00 pagi.. maklumlah, banyak kali berhenti.. kat muadzam yang lama sebab makan-makan dulu..perut mmg lapar.. mujur budak-budak tak buat hal..

mula-mula lawat Taman Sinar Harapan. Selepas mendengar sedikit taklimat, kami dibawa melawat ke kawasan tama. Atas permintaan, kami tidak dibenarkan mengambil gambar kanak-kanak yang berada di sini kerana ini akan mengaibkan mereka. memang sedih melihat keadaan mereka. ibu bapa murid-murid yang turut serta dalam lawatan ini pun rasa bersyukur kerana ternyata ramai lagi anak-anak yang lebih kurang bernasib baik.

apa yang pasti aku agak cuak bila sampai kat wad yang agak agresif. sedang aku khayal melihat kanak-kanak yang terlantar atas katil, aku nampak kak ijah memimpin tangan seorang budak lelaki. aku musykil gak sebab dulu masa kat segamat kak som pernah bagitahu jgn hulur tangan kat anak perempuan dia sebab nanti dia tak lepas and nak ikut balik.

tapi aku kuatkan ati aku just tanya khabar jek and budak tu lepaskan tangan kak ijah & terus salam dan genggam erat tanganku. dia genggam kuat dan menarik tangan aku keluar. aku dah agak dah masalah budak ni. aku cuma minta dia salam orang lain tapi dia takmau. dia nangis2 and tarik aku kuar. orang lain buat dek je....

aku cuba ikut je la. sampai kat pintu, petugas wad tu datang & cuba tarik tangan budak tu. meraung-raung. rupanya dia mmg macam tu. bila ramai orang dia jadi tension. nak je aku bawa dia jalan2 tapi petugas tu lebih arif. akhirnya terlepas juga tangan kami.

terdapat macam2 kes di sini. yang pasti anak-anak ini tiada dosa. mujurla ada pihak JKM. jika tidak, entah bagaiamana nasib kanak-kanak ini. setiap wad memang berbau kurang enak. pasti banyak bekalan pampers diperlukan. hanya petugas-petugas dan sukarelawan di sini yang tahu. moga ALLAH memberikan seribu nikmat kepada mereka.

bagaimana keadaan hospital bahagia yer? nantila, ingin nak buat lawatan ke sana pula. di sini aku sertakan sedikit gambar lawatan. Selebihnya boleh la lihat di blog kelasku..tapi esokla kut...ni tak laratla...

lepas pi taman sinar harapan ni, kami ke sk gelugor. then ke sk tengku bahiyah untuk lunch yang disponsor oleh kakak kak engku, then amik mc value lunch yg disponsor oleh Mc Donalds.. thanks Mr Leonard!!

then pi pasar payang. aku belikan kain batik, keropok, patung kekura, gelang, t-shirt untuk bedah, anak jagaan aku. duit belanja yg diamanahkan abis dengan baik. ada balance rm14.00 jek.. bila lagi bedah dapat peluang shopping macam nih...

yg pasti aku borong 3 helai tudung ( RM17.90, RM16.90, RM16.90 jek tudung bawal berbatu..murahh!! )kat Desa Murni & 3 helai baju kelawar (RM26.00 sehelai ) kat pusat batik makcik anak murid aku.. jadilah buah tangan utk mak & mak mertua aku. t-shirt (RM29.00 sehelai ) lak aku beli 2 yg sama warna. khas untuk aku & hubby...

untuk nenek, jiran and cik ani aku belikan keropok lekor losong (RM20.00), 2 jam berdiri beratur tunggu giliran untuk dapatkan keropok tu.. and keropok keping ( RM30.00 ).

campur bayar tiket & makan, abih gaklah RM350.00.. aku takleh beli kain batik sutera kat sini sebab takde saiz.. semua siap potong cuma 4 meter jek.. aku 4.5 meter.. so aku tempah kat kawan mak aku jek.. lagipun nak budget utk umah.. hope semuanya berjalan lancarla.. Amiin...

ok...



















1 comment:

kak engku said...

memang lega dah selesai lawatan ke Terengganu,hati kecik besar jugak kan? maklum jaga anak orang....yang paling tak dpt dilupa...kita kan dah ada model of the year....apapun itulah rencamnya dalam dunia pendidikan khas ni....dalam diam kita dah mula dapat menilai manusia...

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi