i-kit ni memang interesting sebab tak perlu guna mouse dah. senang untuk p&p tapi tu la, mahal sikit.if tak boleh beli sendiri...
maklumlah, murid aku kan murid istimewa... selalu guna laptop ngan LCD.. bila tayangkan slide powerpoint, kat skirn besor tu depa ramai-ramai bangun dan tunjukkan jawapan. bergegar bangunan PPKI tu..dah la menjangkau usia 100tahun.
dulu rajin gakla buat powerpoint utk ajar budak-budak ni. yang lemahnya bahan seperti gambar tu banyak dapat dari buku aktiviti yang aku beli. so nak scan la, nak edit la...then nak apply kat powerpoint agar murid aku interested nak blajo... tu yang penat tu tetiap ari....tapi aku happy bila murid aku ingat apa yang aku ajar.
aku pun ada download program KACEMM dari bahan inovasi kementerian. ntah camana aku boleh dapat ntah..ramai kawan aku yang try tapi tak dapat. la ni aku taktau dah nak cari kat address mana... tapi aku dah copy kan kat kawan-kawan aku. sapa nak bagitahula yer...
KACEMM tu memang menarik. now dah ada i-kit, memang sesuai sangatla. dulu murid aku berebut-rebut nak guna & nak jawab KACEMM ni. sampai aku sakit tekak tegur murid-murid aku yang hyperaktif tu.. bukan apa, tangan takleh diam..laptop aku pulak dah 2 kali masuk hospital sejak beli tahun 2008. laptop lama dah nazak, monitor lambat nyala..jadi now diwakafkan sebagai vcd player kat tv dapur umah aku. dengan i-kit ni, budak-budak boleh jawab dgn sentuh skrin je..
now aku pulak kene berebut guna i-kitla jawabnya sebab terhad sangat bilangannya. dah tu kene bawa budak-budak ke makmal untuk guna. tapi takpe la, insyaALLAH aku akan guna nanti. ni sedikit info tentang i-kit yang aku copy dari http://mymall.netbuilder.com.my/index.php?doit=showclass&cid=51&domain=bestaried :
I-Kit merupakan alat projektor interaktif maya yang inovatif berteraskan teknologi opto-elektrik. Dengan alat projektor interaktif maya ini, pengguna dapat mewujudkan satu skrin sentuh pada sebarang permukaan contohnya pada dinding, papan putih, TV RP, langsir dan sebagainya. Pembentangan menggunakan alat projektor ini boleh dikawal dengan lebih berkesan dan secara terus ke permukaan skrin sentuh tanpa perlu bergerak ke depan atau ke belakang sewaktu membentangkan sesuatu. I-Kit menyediakan penulisan dan kawalan dari jarak jauh serta menggantikan tetikus dan kapur . I-kit adalah sesuai untuk pengajaran alaf baru dan demonstrasi dengan perisian elektronik papan putih yang boleh didapati www.bestaried.com.my. Dapatkan bantuan perkhidmatan pelanggan untuk temujanji demontrasi.
aku jadi mentor untuk Cikgu Jamaliah & Cikgu Mila.. tak risau mana sebab depa ni memang interested sangat. Cikgu Jamaliah pun dah terror scan gambar, buat powerpoint. now perlu ajar untuk isi online penggunaan ICT kat SSQS jek. jadi tak perlula nak tulis dalam buku rekod penggunaan ict tu lagi...
tengah lunch tadi Cikgu Shamala bagitahu tentang sedikit taklimat untuk AJK SSQS di makmal matematik. kami mmg taktau tentang sistem nih sebab tak attend course ni. actually aku & kak wa takde masa last LDP sebab kena wakil sekolah untuk pergi sambutan hari guru peringkat daerah kat SMK Dato' Seth. now bertambah satu link aku kat blog ni iaitu SSQS. senang aku nak update nanti...
2 comments:
Bangga dengan kehadiran hang sebagai warga PPKI.Sebuah sinar yang memberi warna warna pelangi....Melihat kesungguhan hang dalam serba serbi menyemarakkan semangat gue untuk memimpin PPKI agar lebih cemerlang....Syukur sangat Allah datangkan insan- insan yang memahami dan memberi kerjasama sepenuhnya..Gue dah tua...tapi malu gek melihat semangat Pak Wik....insyaallah...sama sama kita teraju PPKI agar indah selamanya...
hihihi... janganlah gitu kak.. kembang den nanti, dahlah sedia kembang... alhamdulillah diberi ALLAH peluang menceburi bidang ni.. apapun, yang penting satu hati. if sendiri je nanti lama-lama hilang semangat.. lagipun akak banyak bagi dorongan & semangat. if tak, lama dah saya 'kecut' mengecil sebab tak yakin. akak lom tua lagila..bak kata puteri, sampai bila-bila akak kene teman dia..maintain jek..
Post a Comment