Aku baru jer baca email dari kawan-kawan tentang gejala murtad yang berleluasa dewasa ini. Apa nak jadi ye? Aku pun tak sekuat mana, tapi melihatkan trend masyarakat masa kini memang menakutkan. Betullah kita ni diserang secara psikologi. Cuaca pula dah makin tak stabil. Entah bila kiamat yer? Dah bersediakah aku untuk jumpa YANG MAHA ESA? Sehari di sana = 1000 tahun dunia ye? if tak salah akula... sakitnya siksaan yer... La ni terpijak batu kerikil pun menjerit, semut kat kelas gigit pun perit...
Entahla.. aku pun taktau jawapannya. Yang bagus ialah takutlah dosa, berbuat amal seolah-olah mati esok hari & berusaha, bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi. Tapi mampukah aku? Terdayakah aku? Perogol pun hanya mendapat nikmat nafsu hanya seketika tetapi bila tertangkap dan dihukum, berbaloikah nikmat seketika itu?
Adat masyarakat kita, suka membanding pangkat dan status. Ingin mendapat ' lebih ' dari orang lain. Kerana pangkat dan status inilah kita sering berhasad dengki. Saling bercakaran, fitnah berleluasa, bekerjapun tidak ikhlas. Apa salahnya sama-sama kongsikan kejayaan? Tak percayakah semuanya sudah tertulis di luh mahfuz tentang ajal, jodoh, maut & rezeki? Tak perlu pandang rendah pada orang lain atau berburuk sangka kerana salah sangka kita juga yang rugi.
Kadang-kadang sedih juga bila ada yang memburukkan kanak-kanak seperti anak didikku. Bukan itu kehendak mereka. Walaupun rendah pandangan masyarakat, di akhirat kelak anak-anak istimewa ini tinggi kedudukannya. Siapa yang untung? Masyarakat dewasa ini yang hidup paling lama pun 100 tahun atau anak-anak istimewa yang kekal abadi di syurga nanti?
No comments:
Post a Comment