ari ni aku ajar kumpulan 3 untuk bahasa inggeris. semalam kumpulan 2 bahasa inggeris. hmmm..bukan mudah, sedangkan bahasa pasar pun tak lepas, huruf pun tak kenal... tapi aku bangga... usaha selama 2 bulan ni dah berjaya.
Untuk Kumpulan 2, Firdaus contoh terbaik..murid yang hiperaktif & autisme ini dah boleh kenal red, green, blue, yellow, purple & orange. sebelum ni blue pun disebut bulu.. dia pun nampak excited. semua benda yang berwarna dia akan tunjuk pada aku dan sebutkan warnanya.
Yussof & Nurul Aishah Jemain memang dah kuagak kebolehan mereka melebihi murid lain. dalam masa 2 minggu sahaja mereka sudah boleh menerimanya. Ili dan Dayana juga ada peningkatan. Rohaizat yang masih hentam sahaja bila menjawab.
Untuk kumpulan 3 ari ini aku gunakan traffic light untuk tarik perhatian mereka. alhamdulillah, berjaya. Suhaimi, Suhaila, Sham dan Nurul Aisyah Shukor benar-benar di luar jangkaan. mereka berjaya mengenal green, yellow dan red. Namun ada kala mereka lupa dan perlukan klue awal dari aku. apapun aku bangga sebab mereka boleh gunakan klue tu untuk jawapan yang betul.




No comments:
Post a Comment