Hari ni agak letih sikit. Sebabnya? Taktaulah...pening kepala dan lenguh-lenguh je seluruh badan. Maybe cuaca kut. Mendung bukan main tapi hujan setitik dua saja. Semalam PPD datang menjengah kelas PPKI bersama bos. Setelah diminta, aku pun buka blog kelas dan bog personal. Bos memberitahu yang gambar beliau tiada dalam blog tersebut.
Ya, ampun... Dari dulu aku dah niat nak minta gambar beliau untuk dimuatkan tetapi asyik lupa sahaja. Tambahan pula gambar yang ada di portal sekolah agak kecil saiznya. Kalau bukan kerana bosku, tak mungkin aku rajin mencari ilmu di ruang tanpa batasan ini. Atas galakan beliaulah aku sanggup bersengkang mata menuntut sendirian sampai suami aku membebel sebab aku kurang beri tumpuan tiap kali beliau balik hehehehhe....
Namun aku beritahu suamiku tersayang bahawa ini hanya permulaan, setelah faham sudah tentu agak mudah untuk aku kerana hanya perlu post berita atau catatan terkini sahaja. Mujurlah suamiku seorang yang memahami. Dahla jumpa seminggu sekali, aku pula busykan diri.
Kini ada juga permintaan dari kawan-kawan di PPKI untuk mengajar mereka membuat blog. Aku tidak kisah tapi bukan dalam masa terdekat ini sebab kekangan masa yang ada. Tambahan pula aku perlu tumpukan pada muridku dengan persediaan mengajar yang boleh menarik perhatian mereka.
Mungkin jika tiada aral ada bulan puasa nanti bolehlah aku mengajar sedikit sebanyak tentang bog ini. Maklumlah, aku belajar sendiri pun ambil masa berhari-hari dengan tumpuan penuh. Aku bukan pemegang ijazah dalam bidang ini. Aku lulusan kewangan. Jadi bukanlah mudah jika tiada sokongan dari keluargaku tersayang.

No comments:
Post a Comment