Hari ni je dah masuk hari ke-6 aku tak sihat. masa pi klinik ari tu suhu tak panas sgt. tekak jek yang sakitt yang amat.. then mc ari selasa, hari rabu aku pi sekolah macam biasa. mula bersin jek. hmm..ingatkan makin pi klinik awal-awal bolehah bendung sakit ni melarat. rupanya makin tak sihat. mak ngan abah dah mula risau. takut terkene H1N1. so, khamis malam jumaat pi hospital pula. jumpa doktor adzuar. muda & quite chubby hihihihi... dia ngan nurse tu banyak nak sembang ngan aku terutama tentang KPLI.
doktor tanya nak mc tak esok? aku habaqla takmau sebab esok jumaat. rugi je mc sebab masa blajo pendek. puji melambung dia sebab aku takmau mc huhuhuhuhuu... tapi malam tu jugak aku rasa makin parah. niat hati lepas sekolah esok aku nak balik umah mertua aku sebab sabtu ni sabtu pertama. apa nak buat, aku mmg tak larat. bersin, batuk, bersin, batuk.
yang sedihnya hubby aku pun bz minggu ni. apa nak buat. berserah je la. dahla minggu lepas tak jumpa sebab aku pi terengganu, minggu ni pulak aku tak sihat & dia banyak keje penting. nampak gaya minggu depan je la jumpa. tu pun if tak bz. tu yang kekadang rasa betul ke aku dah kawin ek.. hihihihihi..
lepas sekolah je semalam aku terus pi urut umah kak nah. memang aku dah tak tahan lenguh2 badan terutama belah kiri. takut je kene sakit jantung. alhamdulillah, kak nah larat urut aku ptg tu. dia nasihatkan aku minum air bunga ratu pari dan jangan minum air teh lagi..minum air limau kasturi jek... balik je aku terus singgah kedai bin obod cari bunga tu tapi dah abis. then pi cari kat kedai pak rojas. nasib baik ada. ntah apalah rasanya.
kat sekolah pagi semalam, semua yang aku makan takde rasa dah. maybe kesan ubat kut.. sampai je umah aku terus basuh & rendam bunga tu. pas kembang & sejuk sikit aku pun minum. taktaulah rasa apa sebenarnya..telan je...jadi banyak gak benda yang masuk perut aku ni...air limau kasturi, air bunga ratu pari, panadol, ubat batuk & ubat selesema.
ni setelah tido sepanjang petang semalam sampai kul 11pagi tadi, aku dah mula rasa okey... dah boleh bangun untuk basuh kain & lipat kain yang penuh sebakul ni. now dah larat pun buka blog & type post ni. cuma rindu kat hubby jek tak ilang lagi...
1 comment:
semoga kak haida cepat sembuh sepenuhnye ^^
Post a Comment