Macam-macam berlaku bulan ini. Bermula dari demam berpanjangan, disyaki darah tinggi and last sekali sakit kaki. Hmm.... memang penat sikit bulan ini.
Penat berulang-alik hospital. Isnin tu buat blood test. penuhnya umat ya rabbi.... dah tu blackout....Gara-gara lama menunggu di hospital sambil berdiri dekat 2 jam sambil bual dengan kak kamidah, kaki aku mula sakit.
namun gagahkan diri ke sekolah lepas tu sebab memikirkan banyak benda nak disiapkan. Jumaat tu aku dapat surat lantikan jawatan PPPS. yahoooo!!!
Dek kerana taktau nak rest, padahnye hari Jumaat tu juga lepas balik sekolah kaki aku betul-betul sakit. adik aku pulak tertinggal kunci kete dalam kete, nak tak nak abah kene hantar kunci spare ke pontian. ikut kaki yg sakit aku takmau pi sebab nak rehatkan kaki namun fikirkan abah aku sure ngantuk drive memalam aku gagahkan diri pi juga.
sampai umah dekat kul 11 malam. kaki aku mmg sakit sgt. kul 5 pagi tu aku dah takleh kata apa, terpaksa mc koko ari ni... pi hospital malam tu, doktor bagi ubat kurang bengkak & panadol je. ahad hubby balik, tak dapat nak dating...tanya nenek mana nak tempat leh urut, nenek bagitahu kat sebelah shell peserai ada urut kaki..
hubby & mak teman aku pi sana. sekali urut refleksiologi tu RM25. adalah lebih kurang sejam. tambah dengan supplement jadi RM211.. aduh, dugaan betul... kebetulan pula mak mertua & abah mertua aku nak datang so jumpalah kat tempat urut. then jumpa kak shina jual biskut raya..aku pun orderla 11 telap.. pastu kami singgah makan kat benteng. dengan dengkut2 aku pun jalanla.. sampai umah kenela layan mak & abah mertua aku. lepas makan & minum, hubby ajak tgk umah sebab mak abah nak tgk umah tu. aku pun gagahkan diri la ikut even kaki macam tak tertahan....
balik je nak meraung dengan sakit kaki ni...bila dah tak tahan sakit, menangis-nangis... mana nak cari klinik yang bukak ari ahad ni, mujur klinik zainab ada.
tapi yg ada doktor muda tu. check asid urik, ok .. dia bagi ubat hisap juga utk kurang bengkak dan krim panas. aduh, terbang RM80 lagi malam ni... dia bagi mc untuk isnin tapi bila aku bangun pagi tu bengkak dah okey, so aku gagahkan diri pi sekolah. hubby pulak ke pasir gudang.
sapa sangka mula sakit balik. hubby lak balik umah malam tu. esok pula kak jah bagitahu pihak BTPN nak datang utk test kemahiran SSQS. gagahkan diri juga datang sekolah dengan kaki dengkut. ikutkan hubby memang dia marah sebab kaki aku tak okey lagi. apa nka buat, demi tugas.
esoknya hubby antar ke sekolah, lepas tu dia balik shah alam. test pula belah petang, memang haru kaki aku apa lagi bila kene naik ke makmal komputer tu. aduh.....sakitnyaaaaaaa..... at last kul 5.10 baru settle, abah amik aku manakala mak dah pi urut refleksiologi tu dulu. lepas mak, aku pulak urut. lepas urut aku langsung tak boleh gerak. seksanya... malam tu juga aku tak boleh ak tidur gara-gara terllau sakit.
esok terpaksa inform sekolah aku mc lagi. pepagi lagi pi klinik zainab. mujur memang doktor zainab yang ada. so dia buat semua ujian darah. kolesterol & gula baik. urik asid border. bimbang juga kene gout... terbang lagi RM170...mc 2 ari....yang lawaknya bila kene naik wheel chair tu huhuuh..larat gak akak nurse tu tolak aku hihihih... balik tu aku minta abah singgah farmasi beli tongkat. taktahan lagi sebab kaki kiri dah okey tapi kaki kanan sakit sangat kat pergelangan sebab tampung berat badan masa kaki kiri sakit. tongkat ni RM50 untuk 2 kaki.
balik tu aku rehat betul2 and makan ubat. malam tu alhamdulillah bolehla jejak kaki & tak sesakit ari tu. so pagi ni aku dah rasa okey, aku pi juga ke sekolah. abah hantar aku... ni bila balik aku mula rasa sakit lagi. hope takla kembali sakit... tak tahan ooo..... mujur juga tgh datang bulan, if tak parah juga nak tunaikan ibadatku yang tak seberapa ni....
okey, lama tak jenguk blog ni..rindu hehehehehe...




1 comment:
Sakit adalah ujian..kesusahan dan kerumitan dalam hidup adalah ujian malah kita mesti ingat kesukaan dan keseronokan melayari kehidupan juga ujian...dari siapa? DIA lah tuhan kita yang sentiasa menguji dan menyediakan kerahmatan di sebalik setiap ujian terhadap kita makhluknya...
apapun...kena pasang nekad untuk berusaha agar lebih sihat untuk masa akan datang...mohon denganNYA untuk kesungguhan itu....
Post a Comment