Ini merupakan 1st entryku untuk tahun ini. Memang masa makin cemburu bila beranak kecil ni. Namun, awal-awal tahun lagi macam-macam peristiwa telah berlaku.
Nenek suamiku meninggal.
Nenek tinggal di Kampung Pandan. Jiran tetangga semuanya pendatang dari Indonesia. Nenek & Atuk antara yang terawal menetap di sini. Kalau nampak rumah banglo 2 tingkat di kelilingi rumah-rumah setinggan, itulah rumah mereka. Nenek meninggal pada hari Ahad, 8 Januari 2012. Belum seminggu pun sekolah dibuka. Ikut adat, yang pergi tetap pergi jadi kenapa aku nak ambil cuti untuk ke KL?
Akhir aku jumpa nenek semasa Hari Raya Pertama tahun 2011. Selepas itu aku nak jumpa semasa nenek balik dari menunaikan haji pada November 2011 tapi disebabkan lewat bertolak dari rumah kakakku di Meru, hari pun dah malam kami terus balik rumah mertuaku di Serdang. Esoknya ibuku memberikan ole-ole yang dibeli nenek untukku dan anakku. Sehelai jubah hitam beserta tudung. Setelah itu aku tak lagi berpeluang untuk bertemu dengannya. Di mana atuk? Tahun 2009, atuk, nenek & pak long pergi ke kuantan untuk berurut. Dalam perjalanan balik, mereka kemalangan dan pak long meninggal di tempat kejadian. Atuk koma, nenek patah tangan. Masuklah berita itu dalam suratkhabar.
Dalam sebulan or dua bulan ( aku tak ingat) koma, atuk pun meninggal. Tinggallah nenek bersama Busu dan isteri serta anak-anak mereka. Tak sampai 2 bulan nenek bergelar Hajjah, nenek terus pergi. Walaupun nak masuk 5 tahun aku kahwin, aku rasa aku dekat dengan dia.
Aku positif mengandung tapi...???
Selalunya periodku datang antara 15-18 haribulan. Bulan Oktober 17, November 17, bulan Disember 16. Bulan Januari tak datang. Adakah cyst mengganggu lagi? Seingat aku masa last period Disember hari tu ada keluar sedikit ketulan darah. Aku think positif, ianya adalah cyst yg dah mengecil.
Malam itu aku guna upt yang masih ada dalam simpananku. POSITIF!! Betul ke?? Esoknya aku beli lagi 3 upt berlainan jenis untuk dicuba setiap hari. ALhamdulillah positif juga. Excitednya aku sebab kali ni aku tak merancang dan makan clomid macam dulu. Cuma takut juga sebab belum ada confirmation dari doktor. So aku pi Klinik Aliza. Dia buat upt & result positif tapi dia kata line 'test' tu pink, disebabkan masih baru doktor kata kadang-kadang tak jadi. Frustnya aku dengar. Dia suruh datang check lagi sebab now tak boleh scan sebab awal sangat.
Kebetulan dah cuti sekolah, aku pun berkelanalah ke Serdang. Adik iparku, Farah juga excited nak tahu kesahihannya. Aku pun dibawa ke Klinik Jameatun di Equine pada malam Selasa. Masa nak daftar baru perasan, IC ku takder!! Bila ingat balik, mesti tertinggal di Klinik Aliza..
Masa scan, alhamdulillah, nampak dah. Doktor kata sama dengan tarikh last periodku. Now 5minggu 3hari.
Pagi Jumaat semasa sedang melayan Insyirah & sepupunya, aku rasa macam ada cecair melekit. Aku tak sedap hati tapi think positif again..keputihan kut.. Bila rasa makin banyak, aku pun ambil towel kitchen dan lap, masyaALLAH..DARAH!! aku lap lagi..ada lagi DARAH... banyak macam darah period. Mak mertuaku yang sedang masak pun ikut gabrah. Terus suruh aku bersiap dan call abah mertuaku. Apa nak buat, hubby ada kerja penting untuk hantar tender.
Abah pun membawaku ke Klinik Jameatun. 2 jam jugak menunggu, kesian abah mertuaku.. Doktor scan pakai kamera and bgth dah takde karung tu. Kat batang kamera tu pun masih ada darah aku.. Tapi dia takleh nak confirm sendiri, if gugur kene double confirm. So dia bg surat rujukan ke Kecemasan Hospital Serdang.
Suamiku pun dah bertolak balik ke rumah. Jadi, dari Klinik Jameatun tu, kami pulang dulu and then hubby ku bersama Insyirah menemanku ke Hospital Serdang. Mak mertuaku pun dah panik jaga Insyirah sebab nangis je..
Sampai di Kecemasan, aku disuruh terus ke ruang separa kritikal. Hubby pi cari parking. Tak lama seorang doktor lelaki datang. Aku agak ini doktor pelatih. Soalan yang bertubi-tubi tentang darah tinggi sebab masa kat Klinik Jameatun bacaanku mmg tinggi 143/103, so tertulis di surat rujukan tentang tekanan tu. Then pembantu/nurse lelaki muda tu ambil bacaan. Alhamdulillah, 132/90... Aku diarahkan untuk memberi sample urine, then pakai kain khas untuk scan dan seluk. Masa scan, terus nampak karung tu. Doktor tu pun pelik. Aku pun pelik gak. Tu aku tanya dia banyak kali, ada lagi ke tak? Ada lagi ke tak? Tak lama doktor tu seluk pulak nak tengok keadaan rahim kut.. mula2 pakai tangan. Lepas tu dia pakai alat, ya RABBI.... SAKITNYAAAAAAAA....!! Nurse perempuan yang bantu doktor tu agak berpengalaman. So aku lebih senang tanya dia. Atlast, mereka nak aku baring & rehat dulu untuk tunggu doktor pakar datang. Adalah 20minit aku terbaring. Manalah hubby ni. Aku tau dia pun taktau aku kat mana, aku nk bgth pun aku taktau aku kat mana sebenarnya. So aku sms hubby & bgth dia aku 'tgh diproses'. Then doktor perempuan india bersama nurse tadi datang. Dia scan sekali lagi. Masih ada karung. So, dia tak boleh nak bagi confirmation tntg status bayiku. Kene tunggu lagi 2 minggu sebab masa baby 7minggu dah boleh nampak jelas janin dan degupan jantung. Hope adalah rezekiku. Sebelum keluar, mc seminggu dberi bermula tarikh aku ke situ 27/01/2012 - 02/02/2012..lama tu..!! tapi tolak cuti CNY, aku mc 4 hari la.
Cuti sakit pun macam tak cuti. Aku bertugas bahagian buku program bersama Pija untuk majlis persaraan. Bahagian lain semua dah siap cuma bahagian biodata & gambar sahaja. Alhamdulillah, semua dapat juga disiapkan pada hari AHAD. Thanks Kak Misz tolong carikan gambar-gambar tu. Aku juga bertugas untuk bawa budak berlatih boling. Tarikh lawan 09/02/2012. Sebelum cuti dah rancang nak bawa budak dengan Lin nampaknya kene minta Lin bawa dulu. InsyaALLAH, naik je nanti aku boleh jalankan balik tugasku.
No comments:
Post a Comment