Asma'ul Husna

Thursday, December 15, 2011

Wahai anakku!!

Now masih dalam mood cuti sekolah. Hari bertugas dah pun lepas. Lagi 12 hari dah mula ke sekolah. Gotong-royong, meeting awal tahun dan macam-macam lagi. Apa aku buat sepanjang cuti ni?

Awal cuti aku dah ke umah mertua, paling lama kiranya kali ni.. Masa tu pulak mak & abah aku berhoneymoon kat Beijing. Then balik BP sebab ada appointment kat hospital. Lepas tu teruslah mengelek Insyirah je aktiviti aku.. Aduhai...!! Harap-harap Insyirah okeylah bila naik sekolah nanti or aku yg tak keruan??

Cuti kali ni dapatlah aku tidur kat rumahku di Evergreen Heights. Dah dekat 3 bulan tak dapat tido, kesian rumahku. Entah bila hubby nak dapat keje kat sini. If tak, bolehla berumahtangga kat rumah sendiri. Nak tinggal berdua je dengan Insyirah, hubby tak bagi. Jiran pun dah makin ramai. Lampu jalan pun terang, insyaALLAH tiada apa yang perlu dirisaukan.

Minggu ni kakak aku akan balik BP, cuti lama jugak.. Moga plan kami utk mandi manda kat water world Melaka akan kesampaian.

2-3 hari ni mood aku 'berhantu' je. Nak datang bulan kut.. Insyirahlah jadi mangsanya. Nak buat camana, akal dia tengah bertambah dengan kuantiti yang di luar dugaan aku. Paling bengang masa nak salin pampers..tak sempat lekat, dia dah bangun. Adalah dalam 20 minit aku pusing balik badan dia beulang-ulang. If hubby ada, mmg hubbylah yang salinkan..Maklumlah, dia penyabar tahap gaban..

Now Insyirah tengah giat berjalan walaupun goyang2 jatuh. Orang kata 'baru dapat kaki'.. jenuh nak mengejar. Terpaksa halang laluan ke bilik air dengan bakul kain. Tak cukup 1 bakul sebab dia pandai pusingkan bakul berat tu utk alih. kene guna 3 bakul. Laluan ke dapur pulak kene guna sofa sebab halang pakai bakul, dia boleh panjat & terjun. Laluan ke depan je taktau nak halang ngan apa sebab iron board dah takleh pakai. Dia pandai lalu celah2 kaki board tu...

Nak kurung kat bilik tidur, aku lak yang bosan sebab takleh buat apa. Katil dia dah boleh panjat, nak berfacebook pun takleh sebab dia nak guna juga.. Aku baca novel dia ikut nak baca.. wuhuuuuuuuuuuuuuuu...Abang!!!! Cepatlah keje kat BP ni, jaga anak sama-sama....!!

Bila naik 'hantu', mak abah & adik aku la tolong jaga dia. Nenek aku pun tolong sama huhuhuhu... Sayang sangat anak aku ni tapi bila tgh geram, taktau nak katalah... Tapi lepas marah biasanya aku nangis sendiri. Maklumlah, umur baru setahun manalah dia faham apa-apa. Tak pasal2 kene marah.. Zalimnye aku...!!

Doakanlah aku jadi lebih penyabar yee..

No comments:

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi