Setiap hari ada saja yang berlaku..itulah lumrah kehidupan.. Sabtu yang lalu Naili, sepupuku kawin. Kelmarin cucu arwah mak angkat aku kawin.. Kita hanya mampu merancang. Ikut plan awal, cuti ni aku nak ke serdang. Sabtu ally kawin, ahad ke serdang hinggalah ahad next week sebab hubbyku takder cuti..cuma weekend je lah boleh amik & hantar aku & Insyirah.. tambahan pula sabtu depan makcik aku ajak ikut rombongan ke pihak lelaki di sentul.. rabu depan lak aku jaga kelas tambahan.. nampak cantik je plan tu kan??
Nak jadi cerita, bila hubby sampai je jumaat malam tu dia bgth ada meeting petang esok.means lps jengah umah makcik aku, dalam kul 12 tu terus balik serdang..aduhhhh...tak sedaplah rasanya sebab tu 1st time makcik aku buat majlis.. kakak aku pulak seminggu je kat BP.. lama tak balik, rasa nak bual2 la dulu..pg sabtu tu pulak makcik lain motivate mak aku tntg operation..better buat sekarang sebelum rasa sakit.. then lepas fikir masak2 mak aku kata isnin ni dia akan ke putra..
Bincang punya bincang ngan hubby, hubby aku balik sendiri ke serdang malam tu. dia akan amik aku & Insyirah rabu nanti. so pagi ahad habiskan masa sembang2 ngan kakak aku.. tgh hari ajak akak aku pi jemputan anak buah angkat aku kat kota tinggi. cantik sungguh bandar petri jaya..tak macam bandar tapi macam kat tanah tinggi cameron cuma takder kedai2 yang banyak.. balik akak aku ajak singgah ayer hitam..nak beli beg kertas utk majlis adik ipar dia hujung jun nanti...then makan kat jentayu..balik Insyirah mula meragam..nangis tak macam selalu..baru perasa hidung dia berkerak, dia SELESEMA!! nasib baik ubat tu ada lagi..lps titis ubat tu, dia terus tido..
Pagi tadi (Isnin) Insyirah bangun agak lewat..penuh ngan senyuman.. biasanya kerap bangun mlm tapi malam tadi tido nyenyak dari pukul 11mlm-8 pg.. dia bgn je terus mandikan & bg susu. mak pulak dah ke putra ngan abah. result?? mak akan operate esok pagi!! hempedu tu kecik je, yang besarnya adalah cyst..sedangkan b4 this HBP kata batu kat hempedu tu yg besar, ovari just membengkak... ntahlah..
Jadi camana ngan plan2 nih..? tgk dulu keadaan camana esok. if semuanya ok, aku bergilir dgn akaklah sebab dia stay sampai ahad..aku akan balik semula ke sini sabtu kut.. if operate utk cyst, mesti kesan dia macam operate masa bersalin. so mak tak boleh buat keje2 berat... if org muda dalam sebulan maybe boleh jalan laju, tapi mak?? hope mak kuat!! sebab esok 2 operation serentak..
Insyirah camana pula yee? hari cuti ni aku boleh jaga belah pagi..silap2 kelas tambahan nanti aku bawa dia ke sekolah.. bila dah naik cuti nanti? maybe rumah mak wok, maybe nursery...tak pasti camana...insyirah tgh lasak sekarang..berat pun boleh tahan..abah or nenek aku takkan larat nak jaga lelama... takperlah, moga semuanya dipermudahkan..
aku boleh share lunch ngan mak...mmg favourite aku makan ikan kukus lada hitam & bubur hehehehe...alang2 buat bubur kosong, boleh bagi Insyirah sekali..waaa...bestnya tugas aku lps nih... LOVE U MUMMY!!!
No comments:
Post a Comment