Asma'ul Husna

Friday, September 3, 2010

SaKiT MaTa

Hm.... apa tu sakit mata yer? Camana boleh dapat? Ada yang kata kerana lihat mata orang yang sedang sakit mata.. Ada gak yang kata kerana masuk habuk..Dua-dua tu takder berlaku pada aku... Yang pasti bangun tidur Rabu last week (25 Ogos) mata kiri aku dipenuhi dengan tahi mata..

Nak kata terlebih tdur, tak mungkin sebab aku mmg jenis tidur pukul 11.00 malam paling lewat dan bulan puasa ni 4.30 pagi dah bangun..dah puas cuci muka, macam simen pula tahi mata tu..keras semacam je..

Lepas gosok dengan tisu, baru hilang semua najis tu hihihihi.... baru nampak mata kiri aku merah..yang kanan putih bak salji huhuhuhu... ini ke sakit mata? almaklumlah, dah umur 30 tahun ni baru kenal macam-macam penyakit... so, pagi tu terus pi hospital..doktor bagi cuti sampai 28 Ogos...ubat yang dia bagi Sterile NICOL Eye Drops..tu pun tanya dulu bahaya tak untuk baby dalam perut ni... bermulalah cuti panjang untukku...

Sabtu tu pula, mata kanan aku berjangkit..so dua-dua dah macam mata naga.. mana-mana orang yang aku jumpa mesti tanya, awak sedih ke? Kenapa menangis?...Apa nak buat, aku ni rabun, nak beli cermin mata yang hitam berpower tak mampu la...so mmg takleh nak sorok mata ni.. aku angguk je..maklumlah, semua cakap if ada orang sakit mata, jangan tenung or bertentang mata..nanti jangkit...

Suami nak balik pun aku tak bagi sebab takut jangkit kat dia.. kesian pulak dia nak amik cuti je.. tahun ni mmg macam-macam masalah timbul..dugaan dari ALLAH... mujur mak mertua aku dah bebas dari stage 2 kanser rahim..tak perlu operate, just radioterapi je...

Isnin tu ada appointment dengan Klinik Pakar 5 HBP.. so, aku mula daftar kul 7.15 pagi.. dapat nombor 11... tapi disebabkan aku punya rekod masih kat Wad 10, kene tunggu lama sesangat.. alhamdulillah, result semua okey...Ujian yang diambil masa aku ditahan kat wad pun ok.. apa nak buat, HBP ramai pelatih, so kes aku jadi kajian depa... alhamdulillah takder apa-apa yang tak normal.. Then doktor nak scan perut, tunggu giliran dekat 2 jam...bila nama dipanggil, aku jumpa doktor yang aku admire tu sebab aku yakin dengan kata-kata dia, tak macam doktor pelatih yang banyak taktahu & aku terpaksa bagi penerangan berjela-jela...

Bila tgk mata aku, dia suruh aku sambung mc sebab masih merah lagi.. hmm..raya dulu la aku jawabnya..tapi raya apa pulak, dah nama pun mc..kenelah dok umah... yang aku heran semua ahli keluarga aku takde yang terjangkit. Suami aku pun takder jangkit...

So, ari Rabu aku nekadla datang sekolah.. Mata masih kabur2 dek basah & gatal sikit..tapi dah tak merah...rezeki aku, biskut raya yang diorder pun sampai ari tu juga...bla tgh hari mata makin gatal..berair je..aku ingat sebab ngantuk...so maintain je la...

Bangun pagi Khamis tu pulak mata kiri aku mula penuh tahi mata lagi.. Camana ni...takkan nak mc lagi... aku pi klinik bagan sebab biasanya tak ramai & lama sgt macam klinik kesihatan baru tu... Dia bagi ubat Chloramphenicol, macam gel & sapu kat kelopak bawah mata.. dia tak bagi antibiotik sebab tak elok sgt untuk kandungan.. mc 2 ari lagi..

If tak mc tak boleh ke? Dia kata waktu nak baik macam nilah lagi cepat jangkit kat orang lain..awak tak kesian kat murid awak ke? hmmmm....dalam ati aku bebel, abis mc aku dah banyak niiii...

Hope lepas ni takder lah lagi mc dari aku yang diterima pihak sekolah.. Moga diberi kesihatan sepanjang masa....Kat internet ni, info yang aku dapat tentang sakit mata ialah :

a) jangkitan melalui renungan hanya mitos
b) jangkitan berlaku jika cecair dari mata yang sakit itu terkene dekat orang lain
c) jangkitan mudah diperolehi oleh orang yang kurang kuat antibodi

so, takpelah, mc pun mc la....anak-anak muridku anak-anak istimewa..antibodi mereka agak lemah, so lepas raya kita jumpa semula ye!!!

No comments:

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi