Hmm.... sambutan 100 tahun dah selesai...majalah je belum dapat... Hari ni perhimpunan macam biasa.. tapi rasa semacam je hari ni... apa-apa je la.. yang penting P&P berjalan lancar & budak2 seronok menyanyi sambil bermain..
balik rumah je tenguk whiteboard aku... hmm....penuh appointment bulan ni.. 13/08 nanti pi scan kat hospital yang baru kat jalan kluang, then 23 & 24 ogos lak kat pesta..nanti 06/09 pulak jumpa pakar... tengok orang lain senang je.. takder sepenuh apoointment aku..takpelah, ujian ALLAH.. if
nak ikutkan, panjang diari aku sepanjang rezeki ini mula ada dalam rahimku. tapi nantilah, bila-bila ada kelapangan, akan kucoretkan kat sini juga..yang pasti, rasa syukur teramat padaMU ya RABBI.. sesungguhnya tiada manusia yang sempurna, tapi ramai manusia yang buta dalam celik.. kenapa? nantilah ye...
lepas tengok whiteboard, aku buka fail pembelian rumah..hmm, masalah TNB tak settle lagi..cepat-cepat aku call TNB.. dahlah berapa kali sambungan tak berjawab, naik lenguh tangan aku pegang handphone ni.. bila dah ada yg jawab, jawapannya sungguh menyakitkan hati..
" kami dah pergi untuk pasang meter pada 13/07 hari tu, tapi pintu berkunci. kat sini ada nota door lock " tu lah jawapan pihak TNB bila aku tanya bila nak pasang meter.
" kenapa tak bgth nak pasang? memanglah rumah berkunci sebab belum duduk " pelik aku dengan jawapan pihak TNB. tu ke prosedur mereka? pintu kunci je, terus tak pasang sampai la ni?
" kan dah pesan jangan kunci? kenapa kunci juga? " dia soal aku balik..
" bila pulak pesan jangan kunci? saya tak pernah dapat pesanan macam tu pun? "
" macam ni lah, dalam minggu ni jangan kunci pintu sebab bila kami datang boleh kami pasang. ni no phone akak, kan? 019-................? "
" ya betul "
" nama akak? "
" haida "
hmmm...tau pulak dia no phone aku? takkan tak boleh nak call bila depa terpacak kat depan umah tu? so apa lagi, baik aku minta pandangan orang tuaku tentang hal ni...
resultnya, biar depa call bila nak datang pasang, takkan nak biar pintu tak berkunci sepanjang seminggu? biarpun rumah masih kosong tapi mangkuk tandas ada, plug ada, pintu2 ada, shower hose ada, biarpun pada korang berapa sen je menda tu, tapi bagi aku tetap ada nilainya. bukan mudah nak beli rumah ni.. loan pun masih bertahun nak bayar, takkan sesenang nak bagi orang keluar masuk rumah yang sepatutnya berkunci tu kan? lepas dapat CFO, dah di bawah tanggungjawab aku untuk jaga rumah tu..hmm..bagusnya kalau abang ada kat sini..
so, aku try dail sekali lagi ke TNB, adalah 10 minit gak menunggu at last operator tu kata
"telefon lagi la nanti ye, takde orang jawabla kak... " mudahnye kan?
dahlah masa nak buat sambungan baru tu 3 hari aku pergi sia-sia je kat sana. hari pertama, depa bubuh kat mesin nombor giliran tu offline..?? aku soal bertubi2 kat guard sampai bila ada line balik? tu dia habaq yang sebenarnya petugas yang bertugas key in data sambungan baru tu dua-dua tercuti serentak, takde yg ganti. hari kedua pulak dahlah tunggu lama, bila dia nak key in data aku je dia kata lesen kontraktor wiring yang developer bagi tu takleh masuk, maybe expired. dia suruh aku jumpa developer and minta lesen kontraktor letrik yg depa lantik..pi la aku ke office developer tu.. depa call kontraktor tu, depa leh poskan besok saja...developer janji nak call bila dapat je lesen tu..so, aku pun balik sesia je hari tu..tunggu punya tunggu, takde jugak depa call..atlast aku yg call depa, baru depa kata ada, & boleh amik kat office depa... dek geram ngan sikap semua, aku terus balik umah je ngan lesen tu..
suami pun kesian kat aku so dia amik cuti sehari untuk settlekan.. mlm sampai batu pahat, mlm esok balik kl balik..kesiannya sayang aku ni.... tapi if berbaloi takperla..ni cuti dia macam sia-sia pulak..TNB still takleh key in..apa lagi masalah ni? lesen ada dah..ari tu kata expired, tgk kat lesen mana ada expired, baru renew 2 bulan.. tu yg suami aku sound balik developer..
lastly, depa setuju bayarkan sambungan tu. rupanya tu la masalah TNB.. bukan aku sorang, ramai yang terkena rupanya.. kenapa agaknya yer? if kakitangan tak cukup, buatlah iklan kekosongan baru. biar service tu mantop... bagi kat hubby aku keje situ pun takpe, boleh dok sama ngan aku pas ni...
entahlah, nak salahkan siapa ye menda2 macam ni? lepas kes ni, now aku tau betul dan ada asasnya rungutan orang ramai tentang perkhidmatan yang takder persaingan ni. apapun jadi, kita tetap kene minta khidmat depa jugak, so terimalah sikap sebahagian mereka yang tak profesional ni... pembaca jangan salah baca pulak..saya tuliskan di sini SEBAHAGIAN ye..bukan SEMUA..
No comments:
Post a Comment