Asma'ul Husna

Monday, February 1, 2010

MeNgApA KiTa MeSTi MenGuAsAi ICT

Hmm... interesting kan tajuk ni... Kenapa ye? Kat sini biarla aku khususkan kepada penggunaan komputer / laptop / internet sahaja...

Untuk pengetahuan anda, saya mula mendalami dunia internet ini semenjak tahun 1998 semasa menuntut di Politeknik Kota Bharu. Pada masa itu, zaman bersembang di ruangan Mirc memang tak boleh nak ditandingi. Pada masa itulah kafe siber tumbuh bak cendawan lepas hujan. Mengapa? Ramai yang menyertainya untuk mencari kenalan jauh dan dekat termasuklah teman-teman dari luar negara. Faedahnya? Secara tidak langsung, kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan. Pengetahuan geografi juga meningkat kerana sanggup mencari peta online untuk mengetahui kedudukan teman-teman baru kita.

Warden yang juga pengurus asrama melantik saya bersama seorang lagi teman menguruskan kafe siber miliknya dalam kawasan asrama. Apalagi, bertambah hebatlah rasanya di masa itu. Dari hanya tahu melayari internet, tahu jugalah fungsi modem, cara sambungan ke komputer lain, malah cara untuk mencuri lihat ruang sembang orang lain. Bukan apa, jika ada yang tidak sesuai, mereka perlu ditegur.

Itu cerita 10 tahun lepas. Selepas tamat belajar di sana dan menyambung pelajaran di UUM, kepentingan komputer semakin dirasai. Maklumlah, duduk jauh di utara, bilik asrama pula di tingkat 4 ( untuk disiplinkan diri buat senaman ), manalah larat untuk memikul monitor, cpu dan printer setiap kali cuti semester. Lalu nekad dalam hati, jimatkan belanja maka dapatlah miliki laptop pertama jenis Compaq Presario 900. Maklumlah, tugasan terlalu banyak, setiap kali nak print kena bayar mahal, untuk jangka panjang memang berbaloi beli laptop.

Apa faedahnya? Dengan adanya laptop sendiri, saya boleh edit apa-apa yang telah saya taip dengan mudah tanpa perlu menulis semua sekali seperti penggunaan mesin taip lama. Saya juga boleh tambah border, background, pelbagai jenis tulisan bagi mencantikkan lagi tugasan saya.
Yang paling penting dengan adanya akses internet, saya boleh mencari pelbagai bahan yang menarik dan bersesuaian dengan tugasan saya tanpa perlu pergi ke perpustakaan secara kerap.

Itu cerita semasa masih di alam pelajar. Kini saya tahu penggunaan ICT terutamanya komputer, internet dan LCD tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Kenapa? Saya mengajar kelas pendidikan khas yang mana majoriti muridnya tidak tahu membaca, menulis malah tiada tumpuan. Mereka cepat bosan dan lebih suka bermain. Dengan adanya ICT ini, sesi pelajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan terbukti berkesan dalam mendidik anak-anak khas ini. Ini kerana kebanyakan bahan menggunakan program Microsoft Office PowerPoint. Murid-murid ini boleh duduk diam dan mendengar apa yang diajar dengan baik.

Begitu juga dengan pantun. Jika hendak tunggu mereka boleh membaca memang tidak ke manalah jawabnya. Jadi dengan penggunaan program di internet seperti youtube, saya boleh pertonton dan perdengarkan kepada murid saya dan alhamdulillah dalam masa sebulan mereka boleh menghafal empat rangkap pantun.

Untuk Bahasa Melayu, Program KACEMM juga amat menarik untuk murid-murid ini belajar dengan cepat tetapi disebabkan kekurangan komputer, ia terpaksa dihadkan pada masa tertentu sahaja kerana program ini memerlukan murid berinteraksi secara terus dengan komputer.

Dah sampai masa, laptop pertama saya terlalu uzur setelah 7 tahun bersama. Kini dengan rezeki yang ada, saya beli sebuah lagi laptop yang comel dan berpatutan harganya, M-Life Hyundai...

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Guru Besar SK Peserai kerana atas minat dan kesungguhan beliau dalam bidang ICT ini, saya kini telah berjaya membina blog peribadi dan juga blog program pendidikan khas saya. Tanpa semangat dan ketekunan beliau tak mungkin saya mempunyai blog ini.

Bukan itu sahaja, kini saya dapat berbual dengan warga SK Peserai dan juga teman-teman saya di Tengku Mariam Girls School, TIGS, PKB, UUM, Bank Kerjasama Rakyat dan Nippon Kaiji Kentei Sdn Bhd dalam ruangan Facebook.

Walau apapun, kita perlu tahu mengawal diri agar tidak menyalahgunakan penggunaan ICT yang tidak bersempadan ini. Orang lain tidak boleh merubah kita kerana kita adalah raja di hati kita sendiri.

No comments:

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi