Asma'ul Husna

Saturday, September 12, 2009

BiLa MaLaM LaiLaTuL QaDaR?

Dipetik dari Lailatul qadar formula al-Ghazali


Dalam mencari malam lailatur qadar, Imam al-Ghazali meninggalkan formula yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.

Katanya, jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.

Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.

Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan.

Jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh. Sebagai mukmin mengharapkan keredaan Allah, seharusnya kita mempergunakan sebaik mungkin Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir. Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah.

No comments:

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi