Asma'ul Husna

Wednesday, December 24, 2008

Permulaan Tahun 2009

Hmmm.... Hari ini sudah mula bermesyuarat untuk guru bagi tahun 2009....

Bertempat di Hotel Pelican Batu Pahat, Johor...Bermula jam 7.30 pagi hingga pukul 2.00 petang... Yang Dipertua PIBG SKP, PPD Batu Pahat dan rombongan juga dapat hadir untuk sama-sama menikmati makan tengah hari..

Aduh.....mulai esok dah kene hadir ke sekolah.... Membuat rancangan mengajar harian, mengemas kelas dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar.... Penting tu!! Apa lagi anak didikku anak istimewa....cara berkesan P & P hanya dengan menarik minat dan perhatian mereka dengan pelbagai BBM yang menarik....

Jika kini sudah 2 tahun di sekolah ini, dengan murid yang sama dan mata pelajaran yang sama...dapat anda bayangkan?? memang ada peningkatan..sudah boleh membaca jam dan minit, menulis nama sendiri ( hafal huruf je, tak kenal huruf pun ), berdikir barat & berpantun...aku bangga...BANGGA!! sebab?? mereka ini tidak tahu membaca, ada yang tidak kenal huruf, nombor pun tidak menentu.. 5 rangkap pantun sudah dihafaz..dengan lenggok dikir barat mereka berjaya menghafaznya....memang mengasyikkan....anak-anak ini terdiri dari autsime, hiperaktif, cerebral palsy, slow learner, disleksia.....memang pening.... tapi mesti ingat, jika seminggu tak latih tubi mereka akan lupa segala-galanya..

Masa bila nak buat BBM? waktu free di sekolah memang tiada. Nak minta PPM buat? bila la nak fikir dan senaraikan bahan... sebab tu aku kadang-kadang keletihan...balik dari sekolah, aku akan menonton tv..lepas asar sahaja aku akan belek buku2 atau surf di internet pelbagai lembaran kerja dan juga bahan yang boleh menarik minat mereka... bila idea dah ada, aku akan keluar agi untuk membeli bahan-bahan yg berkaitan untuk membinanya... kadang-kadang aku rasa aku berbakat dalam merekacipta huhuhu...walaupun lukisan aku hancus...tapi 3D aku boleh lah membanggakan aku hihihihi.....tu yang selalu tidur lewat malam semata-mata menyiapkan rancangan pengajaran, BBM dan lembaran kerja....

Bila boleh jumpa suami lagi ni...?? Siapa kata tugas guru mudah dan tiada ibadah..?

Kadang-kadang dapat panggilan kerja di luar waktu persekolahan, tanpa elaun lebih masa malah kami juga dapat selalu bersedekah sebab tidak dapat membuat tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutan ( sebab tu nawaitu kene betul, if tak rugi je )...

Hari Sabtu juga kini dah menjadi kebiasaan untuk berada di sekolah. Wahai suami, sabarlah sayang.. Masa memang mencemburui kita. Mungkin 3 tahun lagi baru kita dapat duduk bersama-sama membina keluarga yang sebenarnya. Kekangan terlalu banyak dewasa ini....

Tempoh itu terlalu lama namun aku percaya pada jodoh kita. Walau apapun, moga ALLAH permudahkan kita, melapangkan hati dan rezeki kita....


No comments:

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi