Asma'ul Husna

Saturday, December 1, 2012

Thursday, September 6, 2012

Alhamdulillah, Selamat Datang Imanina Izzati!!

Sekian lama menyepi diri, hari ni ada kesempatan untuk aku menaip. Maklumlah, bila mengandung je, jadual aku akan padat dengan appointment doktor.. gula tinggi la, darah tinggi la... Tu sebab masa bleeding awal2 dulu aku tak informed doktor2 di Hospital Batu Pahat & Klinik Kesihatan Pesta ni huhuhuhu.. malas asyik keluar masuk wad je.

Bleeding pulak berterusan sampai 5 bulan.. baru mula berhenti. Pertama kali aku kene admit pada bulan Mei sebab depa nak monitor bacaan gula. Masa puasa sebelum minum air gula tu, aku sendiri tak igt aku puasa ke tak huhuhu..sekali bacaan 9!! then minum air gula jadi 12!!!!

Sepanjang kat wad, ubat darah tinggi masa mengandung (methyldopa/aldomet) tetap aku makan. Majoriti bacaan tekanan darah agak rendah..109/56!! sepanjang hayat tak penah rendah macam tu. Gula pun 5.8/5.2/5.4/4.8.. doktor yg round hari pertama kata tak perlu insulin sebab boleh control diet, so aku boleh discharge esok.

Bila doktor esok round, dia kata aku kene insulin insulatard jugak belah malam sebab 5.8 tu adalah tinggi, sepatutnya tak boleh lebih 5.3...so kene tahan lagi 1 malam. Ntahlah, pening kepala aku. So, beli jugak sekotak insulin syringe tu sebab hospital tak supply menda tu. On da way balik umah, aku mula pening sesgt. Bila check tekanan darah rendah sgt, so pi la ke Pantai utk jumpa Dr L***. Dia suruh aku stop aldomet tu dulu & tgk perkembangan. So, mmg bacaan rendah je.

Masa cuti sekolah, aku ke Serdang & nekad jumpa Dr Hamid Arshad. Aku nak confirmkan tentang insulin tu. Lepas dia tgk rekod buku merah & carta BSP aku, dia kata stop insulin sbb tak tinggi mana. If hypo lagi bahaya..Scan pun tgk saiz baby normal je. So aku pun stop insulin tu. Bila pi Pantai, doktor tu macam tak yakin ngan saranan Dr Hamid. Dia suruh insulin pulak. Now aku rasalah, based on kes2 lepas, doktor ni takut nak amik risk.. So dia akan pilih jalan selamat jek. 

Start bulan 7, bacaan aku makin naik. Herannyeeeee. Dah lama rendah tup2 naik balik.. So Pesta pulak suruh aku sambung makan aldomet tu. Anak punya pasal, aku telan je la. If ikut degil malas jugak sebab takde simptom2 pening pun bila tekanan darah aku naik tu.

Bulan puasa, BSP aku lagi la tak cantik. Maklumlah, lps buka makan macam2, minum macam2..bila check pukul 9.20 bacaan aku 8.1. rasanya ok la tu sbb aku minum bandung 2 mug huhuhu... Bila check up kat HBP, depa suruh amik insulin actrapid pulak.. dos pulak mak aihhh, 40 unit.. masa tu aku blur sbb taktau jenis2 insluin ni. Bila balik, abah aku cakap tingginya dos. Dia yg ada diebetis pun tinggi2 50unit.. so aku stopla sebab cuak jugak nak cucuk, buatnya hypo, sian anak aku..

Rutin jadi makin sibuk sebab appointment makin kerap. Insyirah lak makin nak manja ngan aku. Memang banyak renyah la kali ni, takde rehat2 & manja2.. Suami lak jauh.. Ntah bila nak duduk sekali.. Raya tahun ni giliran beraya kat BP. Tapi aku mmg dah mengah2 sgt. Tak banyak rumah dapat pi beraya. If pi pun, banyak duduk jek.

Yang bestnye masa raya kat Paloh, Kluang. Tanpa dirancang, kami ters ke Mersing. Dapatlah borong keropok lekor yg mmg aku gemari. Sbb dah lewat, kami bermalam di Seri Malaysia.

Naik sekolah 27/8/2012. Semua kata macam dah nak bersalin jek tgk mengah aku huhuhu.. Takut jugak bersalin awal, ikut due 24/9/2012. If kene operate pun minggu 38, dalam 09/09/2012...Hubby lak baru balik Serdang pagi tadi. Malam tu aku goreng keropok lekor yang ada. Aku makan mmg banyak sambil tgk tv ngan mak. Then aku tidokan Insyirah dalam pukul 10. Masa tgh bual2 ngan dia, tiba2 bunyi 'tussss' dari dlm perut. Then ada cecair keluar. Takkan aku terkucil? Ke air ketuban? Aku pun lari keluar & tanya mak aku. Tak abis cakap lagi tup2 mengalir lagi air tu. Mak aku dah panik. Makin lama makin banyak pulak yg keluar, aku takleh control..macam paip pecah.. Abah tanya nak ke HBP ke Pantai?

Then sehelai sepinggang aku dihantar ke Pantai. Aku pun panik. Nak bersalin kat mana? Suami takde pulak tu. Nak kat HBP, aku takut takde doktor pakar memalam tu. Maklumlah aku kan banyak kes. Banyak kali gak ter'kene' ngan HBP.. So nekadlah aku ke Pantai. Duit boleh cari insyaALLAH...akunya fobia takleh nak kawal.

Masa kat labour room, jantung aku dup dap dup dap. mmg rasa laju bebenor. bacaan 172/117..Then macam takleh nak nafas pun ada. Mati ke aku, hidup ke aku. Suami takde. mana doa yg igt aku cuba baca moga dipermudahkan.. tgk2 jam dah pukul 11.30...bacaan kedua dah turun sikit 154/99... Dr L** pun dah sampai. Dia seluk & bgth bayi jauh lagi kat atas, so better operation. aduhai... mana suami aku nih.. masa ni la aku nak dia ada.. aku tak berani, aku macam sesorang je buat keputusan.. Nasib baik abah setia menunggu kat luar. So, tawakal je lah. nak buat camana, dah nasib aku semuanya bersalin operate..

Ngam2 jam 0030, hari baru masuk 28/08/2012, Imanina Izzati selamat dilahirkan. Semasa Izzati diambil dan aku dijahit, nafasku masih macam terputus2.. sesak betul rasa dada.. mana suami ni? dah sampai ke belum? Sampai kat wad, jam dah menunjukkan pukul 2.30pagi. Abah, Mak & Dayah ada menemani aku. Suami? Tiada bas malam2 ni. Nampaknya tgh hari esoklah baru dia sampai...

IMANINA IZZATI

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

DeNgArLaH LaGu iNi